Thursday 14 April 2011

Penerangan Tentang Koleksi Baju Renang Muslimah

Assalamualaikum,

Hi sume, ni nak cerita sikit ye, sedikit penerangan tentang koleksi baju 
renang yang kami jual kat sini. Sume baju renang ni kami bahagikan kepada beberapa siri iaitu bagi baju renang dewasa ada 5 siri yang masih available (A, B, P, R dan S). Manakala untuk baju renang kanak-kanak kami ada 2 siri (Y untuk kanak-kanak perempuan dan L untuk kanak-kanak lelaki)


BAJU RENANG DEWASA


SIRI B, S dan T 

1. merupakn baju renang bercorak yang terdiri daripada 2 pieces (baju dan seluar adalah terpisah)

2. semua baju renang disertakan dengan penutup/tudung kepala. 
Siri B = seperti dilihat di gambar
Siri  S = tudung kepalanya adalah mengikut corak pada baju renang tersebut.
Siri T = seperti dilihat di gambar 
** Tudung kepala adalah menutup bahagian leher, tidak sampai paras dada.

SIRI P dan Y

1. Baju renang siri P agak besar ukuran nya, tidak sama seperti baju yg lain. wpun saiznya agak kecil, namun ia sesuai utk mereka yg mempunyai berat spt yg kami cadangkan. sebarang pertanyaan, boleh emel kami.
2. terdiri dari 1 piece iaitu baju dan seluarnya adalah bersambung secara terus
2. Baju renang ini jenis yang lebih longgar. Tidak terlalu melekap berbanding dengan baju renang siri B, S dan T.
3. Tutup kepala bagi baju renang dengan kod P terdiri daripada 2 piece seperti contoh yang ditunjukkan dibawah. Ia terdiri daripada tudung dan juga penutup kepala seperti topi. Pemakai oleh memilih untuk menggayakan to pi dan tudung kepala secara berasingan ataupun menggayakan kedua-duanya sekali. pasti akan nmpak sgt menarik :)

PANDUAN MEMBUAT PILIHAN SIZE 
YANG SESUAI  

SIRI A, B, S dan R
Untuk memudahkan semua pelanggan memilih saiz yg sesuai, di sini kami sertakan berat badan yg bersesuaian mengikut saiz yg dinyatakan bagi baju renang siri A, B, S dan R.

saiz L (berat badan 45-55 kg)
saiz XL (berat badan 50-65 kg)
saiz XXL (berat badan 60-75 kg)
saiz XXXL (berat badan >70 kg)
ukuran (dalam unit cm)
M
L
XL
XXL
Lebar Dada (Ketiak)
36
38
40
42
Lebar Pinggang
33
35
37
38
Lebar Pinggul
39
41
43
45

Sekiranya masih mengalami kesulitan untuk membuat atau mengenalpasti size yg sesuai untuk anda semua, boleh email kami ya. Jangan malu dan segan-segan ya, InsyaAllah akan dilayan dengan sebaiknya :)

BAGI SIRI P
Bagi siri ini, sila rujuk pada keterangan di bawah gambar baju renang tersebut

BAJU RENANG KANAK-KANAK

SIRI Y (kanak-kanak perempan)
Baju renang muslimah untuk kanak-kanak perempuan terdiri daripada 1 piece (baju dan seluar bersambung sekali).

Tudung kepala untuk baju rennag kanak-kanak terdiri daripada dua bahagian yang terpisah iaitu bahagian tudung dan juga topi/penutup kepala. kanak-kanak comel boleh memilih untuk menggayakan tudung dan topi.penutup kepala secara berasiang atau memakai keduanya sekali. Sudah pasti anak-anak kelihatan sgt trendy dan comel sekali :)

Harga bagi baju renang kanak-kanak perempuan adalah seperti berikut. Sebagai panduan untuk memilih size yg sesuai untuk anak-anak anda, boleh lihat pada ukuran pjg baju iaitu ukuran dari bahu ke kaki seluar (cm) seperti dibawah:
size 9 = RM 75 (105 cm)
size 11 = RM 80 (115 cm)
size 13 = RM 85 (117 cm)
size 15 = RM 90 (126 cm)
**harga yang dinyatakan adalah tidak termasuk dgn kos penghantaran
walau bagaimanapun, baju renang tersebut diperbuat dari kain yang 'stretchable' iaitu yg boleh meregang. ukuran yang di berikan adalah ukuran yang di ukur semasa baju renang dlm keadaan asal.

p/s: sebarang pertanyaan bolehla emel kpd kami. terima kasih :)

No comments:

Post a Comment